Ahad, 26 Februari 2017

Hai-O 
tetap yakin

13 Januari 2015 12:48 AM
KUALA LUMPUR – Meskipun kalah dalam perlawanan persahabatan menentang Perak, kapten ATM, Hairuddin Omar tidak cepat melatah sebaliknya menganggap keputusan itu bukan gambaran sebenar kemampuan dia dan rakan-rakan sepasukannya.
HAIRUDDIN OMAR

Yang penting, katanya, fokus mereka ialah menyiapkan diri untuk musim baharu Liga Super yang bakal membuka tirainya pada 7 Febuari depan.

Menurut penyerang berusia 36 tahun itu, dia menganggap keputusan perlawanan yang dicatatkan ketika menentang Perak di tempat lawan pada Khamis lalu tidak perlu dipandang serius kerana mencari persefahaman dalam kalangan pemain menjadi keutamaan pasukan.

“Itu cuma perlawanan persahabatan semata-mata. Kita tidak boleh terlalu memandang serius dengan keputusan yang dicatatkan. Bagi saya aksi sebenar akan ditentukan apabila bermula saingan liga kelak.
Advertisement

“Perlawanan persahabatan adalah platform terbaik untuk kami mencari kombinasi dan keserasian dalam kalangan pemain. Musim ini sudah pasti pasukan dihiasi dengan wajah baharu jadi kami masih lagi berusaha untuk membentuk persefahaman,” katanya.

Kedua-dua gol ATM dihasilkan menerusi sepakan penalti oleh penyerang dari Honduras, Jerry Palacios pada minit ke-35 dan ke-52. Palacios merupakan anggota skuad Piala Dunia Honduras pada tahun lalu.

Hairuddin atau lebih dikenali Hai-O turut memaklumkan pasukannya akan terus menguji keserasian di Bangkok, Thailand dalam siri perlawanan persahabatan pada 21 hingga 29 Januari.

“Kami akan menentang pasukan tentera Thailand, Bangkok Glass FC dan satu kelab tempatan,” katanya. Perlawanan tersebut diadakan untuk memberi laluan kepada pengendali B. Sathianathan mencari kesebelasan utama pasukan untuk musim hadapan serta membentuk kombinasi,” katanya.

ATM hampir tersingkir ke Liga Perdana selepas menduduki tangga ke-10 musim lalu. Mereka yang berkongsi mata dengan T-Team kekal dalam Liga Super musim ini berdasarkan kelebihan jaringan.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/hai-o-8232-tetap-yakin-1.47304#sthash.f57bsXV2.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan