Rabu, 15 Mei 2019

PASUKAN BOLASEPAK PAHANG 2005

PAHANG 2005
General Secretary:
En. Ahmad Fauzi b Mohamad Mokhtar

No.      Official                                                        Position
1          YB Dato’ Haji Shahiruddin b Abd Moin       Pengurus
2          Zainal Abidin bin Hassan                              Ketua Jurulatih
3          Hj Ahmad Yusoff                                         Penolong Jurulatih 1
4          Mohd Ridzwan bin Shamsuddin                    Penolong Jurulatih 2
5          Mohd Suhaimi bin Ramli                               Fisioterapi
6          Shaikh Mahd Idris bin Shaikh Embong          Kitman

No.      Player                                                  Birthdate         License No.
1          Azizul bin Kamaluddin                       01.08.1972      FAM/K/PAH/01-05
2          Azmin Azram bin Abdul Aziz             01.04.1976      FAM/K/PAH/02-05
3          Hairuddin bin Omar                           29.09.1979      FAM/K/PAH/03-05
4          Indra Putra bin Mahayuddin               02.09.1981      FAM/K/PAH/04-05
5          Irwan Fadzli bin Idrus                        02.06.1981      FAM/K/PAH/05-05
6          Iskandar Zulkernain bin Abu Kasim   22.01.1980      FAM/K/PAH/06-05
7          Jalaluddin bin Jaafar                           01.01.1975      FAM/K/PAH/07-05
8          Mohd Fadzli bin Saari                        01.01.1983      FAM/K/PAH/08-05
9          Mohd Hairul Nizam bin Haniff            06.04.1979      FAM/K/PAH/09-05
10        Mohd Iqbal bin Suhimi                       10.09.1984      FAM/K/PAH/10-05
11        Muhammad Juzaili bin Samion            18.05.1981      FAM/K/PAH/11-05
12        Muhd Zulkiffli bin Mohd Yusoff          16.01.1982      FAM/K/PAH/12-05
13        Nohafiz Zamani bin Misbah                15.07.1981      FAM/K/PAH/13-05
14        Rosdi bin Talib                                   11.01.1976      FAM/K/PAH/14-05
15        Saravanan a/l Vellu                             11.01.1978      FAM/K/PAH/15-05
16        Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin        24.11.1980      FAM/K/PAH/16-05
17        Shahrilnizam bin Haji Sahat                14.08.1972      FAM/K/PAH/17-05
18        Subri bin Sulong                                 15.05.1979      FAM/K/PAH/18-05
19        T Mohd Adam bin T Mohd Rosly      19.08.1983      FAM/K/PAH/19-05
20        Ahmad bin Wahid                              31.05.1983      FAM/K/PAH/20-05

Selasa, 14 Mei 2019

Bicskei panggil Indra, Hairuddin sertai skuad kebangsaan

ARKIB : 01/03/2005

KUALA LUMPUR - Dua penyerang Pahang, Indra Putra Mahayuddin dan Hairuddin Omar kembali mendapat kepercayaan bagi menggalas cabaran bola sepak kebangsaan menghadapi Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi dari 8 hingga 20 April ini.

Turut disenaraikan ialah penyerang Kedah, Akmal Rizal Rakhli selain tiga pemain iaitu Syamsuri Mustafa, Fadzli Shaari dan Lim Chan Yew yang mengikuti latihan tiga minggu dengan kelab divisyen dua Liga Inggeris, Bournemouth FC.

Selain itu, sebahagian besar pemain daripada skuad Piala Tiger yang menduduki tempat ketiga Januari lalu, turut mendapat kepercayaan bersama lima pemain daripada skuad bawah 23 ke Sukan SEA di Manila November ini.

Jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei berkata, mereka adalah sebahagian daripada senarai 35 pemain yang akan dipanggil menjalani latihan di Wisma FAM, Ahad ini sebagai persiapan rapi ke Arab Saudi.

``Saya tidak sangsi untuk memanggil semula Indra Putra dan Hairuddin kerana setakat ini mereka mempamerkan permainan bermutu tinggi.

``Begitu juga dengan Akmal, walaupun dia baru pulih daripada kecederaan tetapi dia sudah kembali menemui sentuhan selepas berehat untuk tempoh yang panjang,'' katanya di sini, semalam.

Berbekalkan barisan tersebut kata jurulatih berasal dari Hungary itu, beliau yakin dapat membentuk sebuah pasukan yang cukup mantap berbanding ketika dalam saingan Piala Tiger.

Sewaktu kempen Piala Tiger, Bisckei tidak menyenaraikan Hairuddin dan Indra kerana masalah prestasi manakala Akmal pula ditimpa kecederaan.

``Apa yang saya harapkan agar pemain yang akan dipanggil ini apabila datang menjalani latihan tidak ditimpa kecederaan,'' katanya.

Keadaan itu katanya boleh membantutkan usaha Bicskei untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk mengharungi saingan bersama Maghribi, Kuwait dan Pakistan yang diletakan dalam Kumpulan C di Arab Saudi nanti.

Bicskei menambah, beliau juga akan turut memanggil beberapa muka baru daripada saingan Liga Super dan Liga Perdana yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan menyarung jersi kebangsaan.'

Sesi latihan yang dirancang kata Bicskei hanya akan diadakan tiga hari seminggu tidak melibatkan hujung minggu.

Beliau berkata, pemain akan dibenarkan pulang untuk mewakili pasukan masing-masing menghadapi Liga Super dan Liga Perdana.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai peluang Malaysia yang diletakan dalam Kumpulan C bersama-sama Kuwait, Maghribi dan Pakistan beliau berkata, Malaysia berdepan dengan tugas paling getir.

Ujarnya, Kuwait yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang lalu serta Mahgribi adalah dua pasukan yang kuat.

``Atas kertas sukar bagi skuad kebangsaan berdepan dengan Kuwait dan Mahribi,'' ujarnya.

Manakala Pakistan pula kata jurulatih itu, beliau tidak banyak mengetahui akan kekuatan pasukan itu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iAnAS4To
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bicskei panggil Indra, Hairuddin sertai skuad kebangsaan

ARKIB : 01/03/2005

KUALA LUMPUR - Dua penyerang Pahang, Indra Putra Mahayuddin dan Hairuddin Omar kembali mendapat kepercayaan bagi menggalas cabaran bola sepak kebangsaan menghadapi Sukan Perpaduan Islam di Arab Saudi dari 8 hingga 20 April ini.

Turut disenaraikan ialah penyerang Kedah, Akmal Rizal Rakhli selain tiga pemain iaitu Syamsuri Mustafa, Fadzli Shaari dan Lim Chan Yew yang mengikuti latihan tiga minggu dengan kelab divisyen dua Liga Inggeris, Bournemouth FC.

Selain itu, sebahagian besar pemain daripada skuad Piala Tiger yang menduduki tempat ketiga Januari lalu, turut mendapat kepercayaan bersama lima pemain daripada skuad bawah 23 ke Sukan SEA di Manila November ini.

Jurulatih kebangsaan, Bertalan Bicskei berkata, mereka adalah sebahagian daripada senarai 35 pemain yang akan dipanggil menjalani latihan di Wisma FAM, Ahad ini sebagai persiapan rapi ke Arab Saudi.

``Saya tidak sangsi untuk memanggil semula Indra Putra dan Hairuddin kerana setakat ini mereka mempamerkan permainan bermutu tinggi.

``Begitu juga dengan Akmal, walaupun dia baru pulih daripada kecederaan tetapi dia sudah kembali menemui sentuhan selepas berehat untuk tempoh yang panjang,'' katanya di sini, semalam.

Berbekalkan barisan tersebut kata jurulatih berasal dari Hungary itu, beliau yakin dapat membentuk sebuah pasukan yang cukup mantap berbanding ketika dalam saingan Piala Tiger.

Sewaktu kempen Piala Tiger, Bisckei tidak menyenaraikan Hairuddin dan Indra kerana masalah prestasi manakala Akmal pula ditimpa kecederaan.

``Apa yang saya harapkan agar pemain yang akan dipanggil ini apabila datang menjalani latihan tidak ditimpa kecederaan,'' katanya.

Keadaan itu katanya boleh membantutkan usaha Bicskei untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk mengharungi saingan bersama Maghribi, Kuwait dan Pakistan yang diletakan dalam Kumpulan C di Arab Saudi nanti.

Bicskei menambah, beliau juga akan turut memanggil beberapa muka baru daripada saingan Liga Super dan Liga Perdana yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan menyarung jersi kebangsaan.'

Sesi latihan yang dirancang kata Bicskei hanya akan diadakan tiga hari seminggu tidak melibatkan hujung minggu.

Beliau berkata, pemain akan dibenarkan pulang untuk mewakili pasukan masing-masing menghadapi Liga Super dan Liga Perdana.

Dalam pada itu ketika diminta mengulas mengenai peluang Malaysia yang diletakan dalam Kumpulan C bersama-sama Kuwait, Maghribi dan Pakistan beliau berkata, Malaysia berdepan dengan tugas paling getir.

Ujarnya, Kuwait yang menyingkirkan Malaysia pada pusingan kelayakan Piala Dunia yang lalu serta Mahgribi adalah dua pasukan yang kuat.

``Atas kertas sukar bagi skuad kebangsaan berdepan dengan Kuwait dan Mahribi,'' ujarnya.

Manakala Pakistan pula kata jurulatih itu, beliau tidak banyak mengetahui akan kekuatan pasukan itu.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iAnAS4To
© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA 0-6 MANCESTER UNITED


Julai 23, 2001 - Name Of Event: The Star Challenge Cup
Malaysia Star          0-6     Manchester United
Ruud van Nistelrooy (7',35'), Andy Cole (46',77'), David Beckham (29'), Luke Chadwick (70') Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 80,000)
Malaysia
Penjaga Gol: Kamarulzaman Hassan, Azmin Azram Aziz dan Mohd. Syamsuri Mustafa

Pertahanan: S. Jayaprakash, Rezuan Radzy, Mazuki Yusof, Norhafiz Zamani Misbah, K. Rajini, Mohd. Nizam Jamil dan Abd. Aziz Ismail

Tengah: Subri Sulong, Ahmad Shahrul Azhar, K. Rajan, Chow Chee Weng, Mohd. Shawal Johadi, Mohd. Syaiful Sabtu, Mohd. Shukor Adan, Juzaili Samion, Indra Putra Mahayuddin dan D. Surendran

Penyerang: Hairuddin Omar, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nizaruddin Yusof, Rudie Ramli, Fadzli Shaari dan Mohd. Fareed Shah

Manchester United
Penjaga Gol: Fabien Barthez dan Raimond van ger Gouw
Pertahanan: Jaap Stam, Gary Neville, Phil Neville, Ronny Johnsen, Wes Brown dan Denis Irwin
Tengah: Roy Keane, Paul Scholes, David Beckham, Nicky Butt, Ryan Giggs, Juan Sebastian Veron dan Quinton Fortune
Penyerang: Ruud van Nistelrooy, Andy Cole, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solksjaer dan Luke Chadwick[1]



[]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Julai 26, 2003 - MALAYSIA 0-4 BIRMINGHAM CITY


Birmingham City
Stern John (8',50'), Stephen Clemence (76'), Bryan Hughes (81')          4-0     Malaysia       Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 12,000)
Ref: Rob Styles (England).
Birmingham City: 1-Ian Bennett (13-Colin Doyle 78); 2-Jeff Kenna, 26-Olivier Tebily, 5-Darren Purse (25-Matthew Upson 46), 23-Jamie Clapham (32-Stephen Clemence 63); 7-Paul Devlin, 8-Robbie Savage, 24-Darren Carter, 16-David Dunn (11-Stan Lazaridis 46); 9-Geoff Horsfield (10-Bryan Hughes 63), 14-Stern John (22-Damien Johnson 70).

Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz (22-Syamsuri Mustaffa 85); 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah, 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 53), 24-K.Nanthakumar (17-Juzaili Samion 53), 15-Tengku Hazman Raja Hassan (25-Shukor Adan 72), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli (9-Eddy Helmi Manan 65), 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadli Idrus 60).[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

MALAYSIA 1-4 CHELSEA Julai 25, 2003 - Separuh Akhir

Malaysia
Hairuddin Omar (40')        1-4     Chelsea
Frank Lampard (36'), Jimmy Floyd Hasselbaink (70'), Eidur Gudjohnsen (83'), Glen Johnson (85')     Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (Att: 21,000)
Ref: Subkhiddin Salleh (Malaysia).
Malaysia: 1-Azmin Azram Aziz; 23-Yosri Derma Raju, 3-Norhafiz Zamani Misbah (16-Aziz Ismail 29), 18-Kaironnisam Sahabuddin Hussain, 19-Rosdi Talib; 20-Hairuddin Omar (7-Fadzli Saari 82), 24-K.Nanthakumar, 15-Tengku Hazman Raja Hassan (C) (17-Juzaili Samion 79), 13-Indra Putra Mahayuddin; 14-Akmal Rizal Rakhli, 10-Nizaruddin Yusof (11-Irwan Fadzli Idrus 72).

Chelsea: 35-Marco Ambrosio; 15-Mario Melchiot, 26-John Terry (C), 29-Robert Huth (5-Glen Johnson 28), 4-Wayne Bridge; 30-Jesper Gronkjaer (22-Eidur Gudjohnsen 62), 8-Frank Lampard (27-Alexis Nicolas 71), 36-Joe Keenan, 11-Boudewijn Zenden (21-Damien Duff 62); 32-Mikael Forssell (18-Sebastien Kneissl 62), 39-Carlton Cole (9-Jimmy Floyd Hasselbaink 62).[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Malaysia Selection XI 0-2 Chelsea


Nicolas Anelka (25'), Ashley Cole (51')  Stadium Shah Alam (Att: 50,000)
MALAYSIA SELECT XI: 1-Mohd Helmi Eliza Elias, 5-Norhafiz Zamani Misbah, 7-Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak (2-S.Subramanian 81), 21-Irwan Fadzli Idrus (4-Mohd Asraruddin Putra Omar 35), 3-Mohd Fauzie Nan (6-Shafizan Hashim), 26-Mohd Amirulhadi Zainal (11-Mohd Nizaruddin Yusof), 19-Mohd Hardi Jaafar (17-Zairo Anuar Zailani), 13-Indra Putra Mahayuddin (9-Ashari Samsuddin 86), 12-Mohd Shukor Adan (C) (25-Azi Shahril Azmi), 10-Mohd Safee Sali (8-Mohd Zaquan Adha Abdul Razak), 20-Hairuddin Omar (14-Mohd Khyril Muhyameen Zambri)
Coach: B.Sathianathan

CHELSEA: 1-Petr Cech (23-Carlo Cudicini 64), 26-John Terry(C) (2-Branislav Ivanovic 77), 6-Ricardo Carvalho (33-Alex ht), 18-Wayne Bridge (3-Ashley Cole ht), 20-Deco (7-Andriy Shevchenko 64), 5-Michael Essien, 10-Joe Cole (Malouda ht), 24-Shaun Wright Philips (Ferreira ht), 12-John Obi Mikel, 8-Frank Lampard (17-Scott Sinclair 77), 39-Nicholes Anelka (36-Franco Di Santo 64),
Manager: Luiz Felipe Scholari
Referee: Subkhiddin Salleh (Malaysia)[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Isnin, 13 Mei 2019

MALAYSIA XI 0-1 CHEALSEA

Julai 21, 2011 (Khamis)
Malaysia Selection  0-1     Chelsea
Didier Drogba (80') Std Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Att: 85,000

Malaysia XI: 1 Farizal Marlias (20 Izham Tarmizi Roslan 72'), 2 Daudsu Jamaluddin (10 Fandi Othman 33'), 3 S. Subramaniam, 4 Zubir Azmi (21 Affize Faisal Mamat 89'), 5 Norhafizamani Misbah (C) (15 Amer Saidin 77'), 6 Shahrulnizam Mustapa (24 Abdul Shukor Jusoh 82'), 8 Badhri Radzi (12 Gary Steven Robbat 52'), 9 Hairudin Omar (7 Irfan Fazail 52'), 11 Joseph Kalang Tie (19 Syahrul Azwari Ibrahim 57'), 16 Wan Zack Haikal Wan Nor (18 Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria 38'), 17 Amri Yahyah (14 A. Thamil Arasu 60')
Ketua Jurulatih: Ong Kim Swee

Chelsea (4-3-3): Henrique Hilario (Ross Turnbull, 46'); Jose Bosingwa (Paulo Ferreira, 46'), Slobodan Rajkovic (Nathaniel Chalobah, 46'), Branislav Ivanovic (John Terry, 46'), Ryan Bertrand (Patrick van Aanholt, 38') (Ashley Cole, 46'); Frank Lampard (Billy Clifford, 46'), Josh McEachran (John Mikel Obi, 46'), Florent Malouda (Yury Zhirkov, 46'); Yossi Benayoun (Daniel Sturridge, 46'), Fernando Torres (Didier Drogba, 46'), Salomon Kalou (Nicolas Anelka, 46').

Simpanan Tidak Diturunkan: Petr Cech (PG), Jamal Blackman (PG), Alex

Pengurus: Andre Villas Boas.[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com

Jumaat, 10 Mei 2019

Permulaan mengaibkan

ARKIB : 19/02/2004
Oleh AIZAWATI AHMAD
 
PENYERANG Malaysia, Nizaruddin Yusoff dijatuhkan pemain Hong Kong dalam saingan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2006 Kumpulan Empat di Kuantan, semalam. - Gambar GHAZALI BASRI.

MALAYSIA mempamer aksi cukup mengecewakan apabila tewas 3-1 kepada pasukan bukan pilihan Hong Kong dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2006 Kumpulan Empat Zon Asia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Sebaliknya, dua jaringan Chu Siu Kei pada minit ke-87 dan Cheung Sai Ho pada minit ke-90 menceriakan Hong Kong yang sebelum itu diikat 1-1 oleh pasukan tuan rumah pada babak pertama.

Sebelum itu, Ng Wai Chiu terlebih dahulu mengejutkan skuad negara apabila menyumbat gol pendahuluan pada minit ke-16 tetapi pemain pertahanan, Rosdi Talib menyamakan kedudukan pada minit ke-38.

Sebaik tirai babak pertama disingkap, Malaysia menguasai permainan tetapi kesilapan barisan pertahanan jelas membawa padah.

Ini menyaksikan pada minit ke-16, Wai Chiu menanduk masuk jaringan yang mengejutkan 12,000 penonton untuk Hong Kong mendahului 1-0.

Gol berpunca apabila sepakan percuma pemain Hong Kong, Law Chun Bong gagal ditangkap kemas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Hamsani Ahmad sebelum disambar Wai Chiu.

Lima minit selepas itu, Hong Kong hampir menambah jaringan tetapi mujur sepakan penyerangnya melambung tinggi melepasi palang gol.

Namun Rosdi menyelamatkan maruah pasukan kebangsaan apabila menghasilkan gol penyamaan pada minit ke-38.

Pemain pertahanan kebangsaan itu menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas penyerang, Nizaruddin Yusoff dijatuhkan dalam kotak penalti.

Walaupun gandingan penyerang, Liew Kit Kong dan ketua pasukan, Hairuddin Omar banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan, ketiadaan penyudah yang berkesan menyaksikan peluang yang terhidang sering tersasar termasuk percubaan solo Hairuddin pada minit ke-41.

Bagaimanapun harapan untuk menyaksikan skuad negara bangkit di babak kedua tidak kesampaian apabila Hong Kong menambah dua lagi gol dalam baki tiga minit terakhir permainan.

Selepas kemasukan V. Saravanan masih gagal membawa sebarang perubahan pada jentera serangan Malaysia. Hong Kong mengambil kesempatan itu dengan meledakkan dua jaringan.

Gol kedua Hong Kong juga berpunca daripada kesilapan Hamsani yang gagal menangkap kemas sepakan Siu Kei sebelum bola menggolek masuk pada minit ke-87.

Ketika perlawanan dilihat bakal berkesudahan 2-1, Hong Kong sekali lagi mengejutkan Malaysia dengan gol ketiga dalam masa kecederaan menerusi Sai Ho yang merembat kencang daripada jarak 30 meter.

MALAYSIA: Hamsani Ahmad, Yuszaiman Zahari, Syamsul Saad, Faizal Zainal, Rosdi Talib, Eddy Helmi Manan, Kaironnisam Sahabudin Hussain (Tengku Hazman Raja Hassan), K. Nantha Kumar, Liew Kit Kong (V. Saravanan), Hairuddin Omar, Nizaruddin Yusoff.

HONG KONG: Fan Chun-yip, Ng Wai-chiu, Man Pei-tak, Lee Wai-man, Chan Wai-ho, Luk Koon-pong, Lau Chi-keung, Law Chun-pong (Cheung Sai-ho), Sham Kwok-keung (Kwok Yue-hong), Lawrence Akandu (Chan Ho-man), Chu Siu-kei

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4e35CZ0lw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pengajaran berguna skuad negara

ARKIB : 31/01/2004
SKUAD bola sepak kebangsaan menerima pengajaran paling bernilai apabila tewas 3-2 kepada Perak dalam pertemuan persahabatan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kekalahan itu seharusnya menjadi iktibar buat skuad K. Rajagopal, yang sedang membuat persiapan untuk mengharungi pusingan kelayakan Piala Dunia.

Mohd. Khairul Naib menjaringkan gol kemenangan Perak selepas kedudukan terikat 2-2 ketika permainan berbaki kira-kira 20 minit.

Perak mendahului dengan dua gol menerusi penyerang dari Liberia, Frank Seator pada minit ke-53 dan 65 sebelum pemain mereka dalam skuad kebangsaan, V. Saravanan dan Hairuddin Omar dari Pahang menyamakan kedudukan, masing-masing pada minit ke-57 dan 71.

Dalam ujian pertama Rabu lepas, skuad kebangsaan menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan di Stadium Petaling Jaya, yang terjejas akibat hujan.

Kekalahan semalam menjelaskan bahawa himpunan pemain-pemain yang dianggap terbaik di negara ini belum tentu mampu beraksi dengan baik sekiranya skuad tidak dilengkapi disiplin dan kombinasi yang baik.

Mengakui kekurangan skuadnya semalam, Rajagopal yang memangku tugas ketua jurulatih menganggap pemain-pemainnya gagal mencipta persefahaman yang mantap sehingga menampakkan kelonggaran terutama di sebelah kiri.

``Kombinasi pasukan kurang mantap akibat ketiadaan beberapa pemain tonggak,'' katanya.

Rajagopal memberitahu, skuadnya kini dilanda masalah kecederaan termasuk terhadap pertahanan kiri, Rosdi Talib dan Faizal Zainal.

Jurulatih itu jelas begitu terasa dengan kehilangan pemain Pahang, Rosdi yang semalam tempatnya diisi oleh Chow Chee Weng dan kemudian Chee Wan Hoe.

``Dua gol awal adalah jelas akibat kelemahan di sebelah kiri. Ia menyebabkan Perak mendapat gol-gol yang mudah,'' katanya.

Bagaimanapun, Rajagopal tidak perlu merasa malu dengan kekalahan itu kerana skuadnya masih di awal peringkat latihan fasa dua yang bermula Selasa lepas.

Rajagopal mempunyai tempoh tidak sampai 20 hari lagi untuk menyediakan pasukan mantap bagi menghadapi cabaran dalam Kumpulan 4 kelayakan Piala Dunia, yang akan diberikan saingan oleh China, Kuwait dan Hong Kong. Perlawanan pertama skuad negara ialah menentang Hong Kong di Stadium Petaling Jaya 18 Februari ini.

Sebelum itu, skuad negara akan berdepan ujian yang seharusnya membawa manfaat, bertemu Jepun dalam perlawanan persahabatan pada 7 Februari. Rajagopal dijangka menyenaraikan pemain-pemain untuk menentang Jepun harfi ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4drMuYRFd
© Utusan Melayu (M) Bhd

MALAYSIA 1-5 IRAQ

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
MALAYSIA: Mohd. Syamsuri Mustafa, Abdul Aziz Ismail, Mohd. Khaironnisam Sahabuddin, Mohd. Fadzli Saari (Irwan Fadzli Idrus), Rosdi Talib, Yosri Ali Derma Raju, Mohd. Shukor Adan, Tengku Hazman Raja Hassan (Juzaili Sameon), Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar.

IRAQ: Saad N. Jamel, Haedr J. Kadhim (Ali Waheeb), Jassim S. Fayadh, Haythem K. Taher, Rafed B. Ahmad, Husam F. Nagi, Haydar A. Jassim (Nasir TaliB), Ahmed K. Assad, Qussi H. Salah, Ahmed M. Abbas, Younis M. Khalaf.[1]


[1]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ddzdYWko© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelatih pusingan kelayakan Piala Dunia mulai 18 Februari 2004.


Pelatih  pusingan kelayakan Piala Dunia mulai 18 Februari 2004.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Eddy Helmi Manan, Idris Abdul KArim (Johor FC), Victor Andrag (Kedah), Khairul Anuar Baharum (Negeri Sembilan), Chow Chee Weng, Chee Wan Hoe (Penang), Azmin Azram Aziz, Subri Sulung, Rosdi Talib, Hairuddin Omar, Azizul Kamaluddin (Pahang), K.Nanthakumar, V.Saravanan, Liew Kit Kong, Chan Wing Hoong, Syamsul Mohd Saad, Mohd Hamsani Ahmad (Perak, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhamad Kaironnisam Hussain (Perlis), K.Sanbagamaran (Sabah), Wong Sai Kong, Kamarulzaman Hasan (Sarawak), Mohd Sany Muhammad Fahmi (Selangor), Jamsari Sabian, Yuszaiman Zahari, Faizal Zainal, Mohd Nizaruddin Yusop (Selangor MPPJ), M.Elangoo, Lim Chan Yew (Selangor Public Bank).[i]


[i]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dqwzHMvl© Utusan Melayu (M) BhdS

Orang lama dalam skuad senior

ARKIB : 13/01/2004
Oleh Johari Shawal

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat sedikit `kejutan' dalam menamakan barisan pelatih skuad senior kebangsaan dengan memilih beberapa bekas pemain negara untuk membentuk pasukan yang bakal mengharungi kelayakan Piala Dunia, Mac ini.

Antara pemain itu ialah penyerang berpengalaman Pahang, Azizul Kamaluddin, K. Sanbagamaran, Idris Karim, bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, B. Rajinikandh dan Khairul Anuar Baharom.

Penasihat Teknikal FAM, Karl Heinz-Weigang berkata, seramai 36 pemain telah disenaraikan untuk latihan dan semua nama pemain yang berada dalam senarai itu adalah pilihan para jurulatih Liga Malaysia.

``Kami sengaja menamakan barisan ini kerana mereka adalah pilihan jurulatih dan yang terbaik dalam pasukan masing-masing.

``Semua pemain akan melaporkan diri di Wisma FAM untuk dihimpunkan selama tiga hari (16 hingga 18 Januari) dan menerusinya kita akan mengenal pasti pemain mana yang boleh diserapkan dalam pasukan sebenar,'' kata Weigang pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Weigang berkata, mereka terpaksa memilih pemain atas cadangan jurulatih dari pasukan ke-lab masing-masing kerana masa untuk mengumpulkan pemain amat terhad.

``Kelayakan Piala Dunia akan berlangsung Mac ini dan kita hanya ada tiga bulan untuk membuat persiapan termasuk memilih pemain.

``Kita akan lihat perkembangan setiap daripada 36 pemain ini menerusi aksi-aksi Liga Malaysia yang bermula Februari depan,'' katanya.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan 4 pada kelayakan benua Asia yang terdiri daripada Kuwait, Hong Kong dan China yang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia 2002.

Skuad senior ini akan dibimbing oleh jurulatih bawah 21 negara, K. Rajagopal.

Weigang berkata, daripada 36 pemain berkenaan, Rajagopal akan memilih 20 pemain untuk bertandang ke Jepun bagi mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan negara itu pada 7 Februari.

Bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan, Kamarulzaman Hassan, turut dipanggil untuk latihan selain Hairuddin Omar, Subri Sulong, Rosdi Talib, Nizaruddin Yusof, Eddy Helmy Manan, Syamsul Saad dan Yuszaiman Zahari.

Weigang berkata, pemilihan pemain-pemain berkenaan tidak akan mengganggu tumpuan skuad bawah 23 kendalian jurulatih England, Allan Harris yang dikhususkan untuk kelayakan Olimpik yang berlangsung pada masa yang hampir sama.

``Barisan ini cuma permulaan. Kita akan kenal pasti mereka yang benar-benar berpotensi untuk menyarung jersi kebangsaan selepas latihan kesesuaian dibuat,'' kata Weigang.

BARISAN PELATIH SENIOR

Penjaga gol: Azmin Azram Aziz, Jamsari Sabian, Hamsani Ahmad, Kamarulzaman Hassan.

Pertahanan: B. Rajinikandh, Khairul Anuar Baharom, Bahtiar Othman, Lim Chan Yew, Khaironnisam Sahabudin, Victor Andrag, Chee Wan Hoe, Syamsul Saad, Chan Wing Hong, Subri Sulong, Rosdi Talib, Wong Sai Kong, Faizal Zainal, Yuszaiman Zahari, M. Elangoo.

Tengah: K. Sanbagamaran, Idris Karim, Ahmad Shahrul Azhar, Tengku Hazman Raja Hassan, Chow Chee Weng, K. Nanthakumar, Gilbert Cassidy Gawing, Ramesh, Eddy Helmy Manan, Hardi Jaafar.

Penyerang: Azizul Kamaluddin, V. Saravanan, Khalid Jamlus, Liew Kit Kong, Hairuddin Omar, Sapian Abdul Wahid, Nizaruddin Yusof.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dkZ3B7QU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kelayakan Piala Asia pusingan kedua - Malaysia kena belasah teruk

ARKIB : 21/10/2003

Daripada ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

MANAMA, Bahrain - Malaysia memilih laluan berliku apabila dibelasah teruk 5-1 oleh Iraq dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua Kumpulan F bola sepak kelayakan Piala Asia 2004, di Stadium Nasional, di sini, semalam.

Hajat untuk mengikat Iraq sebagaimana dilakukan dalam pusingan pertama gagal, sebaliknya kekalahan teruk itu memberi tekanan kepada Malaysia yang seharusnya mencari kemenangan ke atas pasukan tuan rumah Bahrain esok untuk mencerahkan harapan menduduki sekurang-kurangnya tangga kedua supaya hasrat ke pusingan akhir di Beijing tahun depan tercapai.

Dalam perlawanan pusingan pertama, Malaysia menang 4-0 ke atas Myanmar dan berjaya mengikat Iraq tanpa jaringan sebelum seri 2-2 dengan Bahrain.

Bahrain pula menang 3-1 ke atas Myanmar tetapi dibelasah 5-1 oleh Iraq untuk meletakkannya di tempat ketiga dalam pusingan pertama.

Semalam, giliran Malaysia pula menerima padah dengan Younis M. Khalaf, penjaring terbanyak Iraq, menunjukkan belangnya apabila menghasilkan hatrik minit ke-35, 45 dan 62 manakala dua gol lagi disumbangkan Qussi H. Salah (minit 19) Husam F. Nagi (minit 70).

Gol tunggal skuad negara pula dihasilkan Hairuddin Omar pada minit ke-52.

Pasukan negara turut mengatur asakan sebaik bermula babak pertama tetapi ketumpulan barisan serangan menyaksikan percubaan-percubaan diatur gagal menembusi benteng pertahanan Iraq.

Tekanan Iraq memaksa pemain pertahanan Abdul Aziz Ismail membuat kesilapan apabila mengkasari Haythem K. Taher pada minit ke-18 di luar kotak penalti skuad kebangsaan untuk sepakan percuma.

Ahmad K. Assad melakukan rembatan ke penjuru gawang Malaysia tetapi penjaga gol, Mohd. Syamsuri Mustafa sempat menepis percubaan minit ke-18.

Petanda kemenangan Iraq akhirnya menjelma apabila sepakan sudut Jassim F. Fayadh ditanduk ke belakang oleh Ahmed M. Abbas untuk rakannya, Qussi menanduk masuk jaringan minit ke-19.

Kelemahan skuad kebangsaan membawa padah apabila Younis mudah menggelecek dua pemain pertahanan skuad kebangsaan, Abdul Aziz dan Rosdi Talib sebelum merembat ke dalam gawang pada minit ke-35.

Younis sekali lagi bertindak bijak melepasi kawalan Khaironnisam Sahabuddin untuk merembat kencang mengatasi penjaga gawang Mohd. Syamsuri pada minit ke-45 untuk Iraq mendahului 3-0.

Pada babak kedua, Malaysia cuba mengasak Iraq yang menyaksikan sepakan sudut Indra Putra Mahayuddin ditanduk ke belakang oleh Mohd. Fadzli Saari untuk Hairuddin menendang masuk jaringan minit ke-52.

Namun, Younis sekali lagi memberi ancaman kepada skuad kebangsaan apabila bertindak bijak memperdayakan pemain pertahanan Mohd. Khaironnisam Sahabuddin sebelum mencipta jaringan ketiganya pada minit ke-62. Ketua pasukan Iraq, Husam menambah derita skuad negara apabila menolak masuk gol minit ke-70 untuk Iraq melakar kemenangan bergaya 5-1.

MALAYSIA: Mohd. Syamsuri Mustafa, Abdul Aziz Ismail, Mohd. Khaironnisam Sahabuddin, Mohd. Fadzli Saari (Irwan Fadzli Idrus), Rosdi Talib, Yosri Ali Derma Raju, Mohd. Shukor Adan, Tengku Hazman Raja Hassan (Juzaili Sameon), Indra Putra Mahayuddin, Mohd. Nizaruddin Yusof, Hairuddin Omar.

IRAQ: Saad N. Jamel, Haedr J. Kadhim (Ali Waheeb), Jassim S. Fayadh, Haythem K. Taher, Rafed B. Ahmad, Husam F. Nagi, Haydar A. Jassim (Nasir TaliB), Ahmed K. Assad, Qussi H. Salah, Ahmed M. Abbas, Younis M. Khalaf.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ddzdYWko
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 9 Mei 2019

MALAYSIA 4-0 MYANMAR - ARKIB : 09/10/2003


MALAYSIA 4-0 MYANMAR - ARKIB : 09/10/2003
OLEH-AHMD BIN YAAKOB
Bola sepak kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia menang 4-0.
MALAYSIA: Azmin Azram Aziz, Norhafiz Zamani Misbah, M. Elangoo, Mohd. Fadzli Shaari, Mohd. Nizaruddin Yusof (Gilbert Cassidy Gawing), Indra Putra Mahayuddin, Tengku Hazman Raja Hassan, Muhammad Juzaili Samion (Shukor Adan), Muhamad Kaironnisam Sahabudin, Rosdi Talib, Hairuddin Omar (K. Rajan).

MYANMAR: Aung Aung Oo, Min Thu, Zaw Lynn Tun, Soe Myat Min, Zaw Zaw (Kyaw Thu Ra), Aung Kyaw Moe, Yan Paing, Lwin Oo, Aung Kyaw Tun, Soe Lin Tun, Htay Aung (Kyaw Khing Win).[i]



[i]http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1009&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dck4TwOB© Utusan Melayu (M) Bhd