Ahad, 24 November 2019

PENJARING LIGA SUPER 2008


5 GOL
Azlan Ismail PDRM         
Walter Ariel Silva   Johor FC     
Hasmawi Hassan    Kedah
Rosmin B. Hj. Mohd Kamis        DPMM FC Brunei 
Ahmad Shahrul Azhar       Perak 
4 GOL
Effendi Abd Malek N.Sembilan NAZA
Mohd Nizaruddin Yusof    Perlis
Joseph Kalang Tie  Sarawak      
Fabio Flor De Azevedo     Terengganu  
Ahmad Latiff Khamarudin PDRM
Hairuddin Omar      Pahang                  
3 gol
Akmal Rizal Ahmad Rakhli         Selangor      
Eddy Helmi Abd Manan    Johor FC     
Nelson Marcello Sam Martin       Kedah
Mohd Ezaidy Mohd Khadar        Johor FC     
Mohd Farizal Rozali           P.Pinang    
Lamin Conteh         N.Sembilan NAZA
Indra Putra Mahayuddin    Selangor      
Rudie Ramli Perlis 
Mohd Amri Yahya  Selangor      

Perlawanan Akhir PIALA MALAYSIA 2011


Oktober 29, 2011 (Sabtu)
FINAL        
Terengganu 1-2       Negeri Sembilan
m-59 Ashari Samsuddin    m-81 S. Kunalan
                                           m-89 Hairuddin Omar
PEMAIN TERENGGANU:
Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Mazlizam Mohamad, Mohd Zubir MohdAzmi (Helmi Remeli), Mohd Mazuki Yusof, Mohd Faizal Mohamad, Reeshafiq Alwi,Mohd Ashaari Shamsudin, Josep Kalang Tie, Ahmad Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat,Abdul Hadi Yahaya.

PEMAIN NEGERI SEMBILAN:
Mohd Farizal Marlias, Mohd Aidil Zafuan, Norhafiz ZamaniMisbah, Irwan Fadli Idrus, Qhairul Anwar Roslani, Idris Abd Karim, MuhamadShukor Adan, S.Kunalan, Abdul Halim Zainal, Shahurain Abdul Samah, Hairuddin Omar.

Rabu, 13 November 2019

23 pemain Penyu tandatangani kontrak

ARKIB : 13/12/2000
Kontrak itu adalah bagi tempoh satu tahun.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, daripada jumlah itu lima muka baru di kalangan anak tempatan disenaraikan bagi memantapkan lagi cabaran skuad penyu menghadapi saingan Liga Perdana dan Piala Sumbangsih, Mac depan.

"Kami amat berpuas hati dengan pemilihan pemain dan mereka akan mengikat kontrak setahun bersama Terengganu pada Sabtu ini,'' kata Abdullah di Kuala Terengganu, semalam.

Lima pemain baru itu terdiri daripada bekas pemain Piala Presiden negeri - Mohd Shahrul Azrain Shamsuddin dan empat bekas pemain Kelab Perkasa Alam, Zainudin Ismail, Mohd Khairuddin Hanipah, Anuar Afzan Mat Nor dan Khairul Azuan Mohd.

Antara 18 pemain yang dikekalkan ialah Hairuddin Omar, Zubir Ibrahim, Arifin Musa, Ghani Malek, Zulharisham Awang, Rosdi Talib, Fazialah Mamat, Rushadi Wahab, Sabri Sulung, Sapian Wahid dan Mohd Nafuzi Mohd. Zain.

Pemain lain ialah Mustafa Kamal Abdul Wahab, Ahmad Taharin Yusuf, Zairo Anuar Zailani, Shamsuri Mustaffa, Alfian Aziz, Mohd Marzuki Yusuf dan Zainal Abidin Abu Bakar.

Abdullah berkata, semua mereka memulakan latihan awal petang semalam di bawah bimbingan jurulatih baru Terengganu, Mat Zan Mat Aris di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Antara pemain lama yang berhijrah ke negeri lain dan digugurkan ialah A.Ganeson (Negeri Sembilan), Abdul Halim Jantan (Sarawak), Rosli Omar, Tuan Rosli Tuan Sha'ari, Mohd Khairul Anuar Karim dan Mohd Armi Sharif

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_10.htm#ixzz4b7P0PA2a © Utusan Melayu (M) Bhd

Penyu aibkan Tok Gajah

ARKIB : 09/05/2001
PENYERANG Terengganu, Faziallah Mamat (tengah) cuba melepasi tiga pemain Pahang dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Terengganu menang 2-0. - Gambar ABD. RAHMAN SALLEH.

TERENGGANU meneruskan penguasaan dengan rekod tanpa kalah di tangga teratas bola sepak Liga Perdana Satu apabila mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Pahang pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Kemenangan kelapan itu menyaksikan pasukan tuan rumah menghampiri gelaran juara pusingan pertama yang menjanjikan koleksi wang tunai RM27,000 dengan dua lagi perlawanan untuk ditamatkan.

Dengan disaksikan kira-kira 15,000 penonton sendiri, Terengganu membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Faziallah Mamat.

Asakan demi asakan Pahang untuk menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama permainan gagal membuahkan hasil dan kedudukan terus terikat 1-0.

Tuan rumah menggandakan aksi serangan di awal babak kedua permainan dan kesilapan jentera pertahanan pasukan pelawat memudahkan Hairuddin Omar untuk menyumbat masuk gol kedua Terengganu pada minit ke-64.

Bekas penyerang Pahang, Wan Rohaimi Wan Ismail melengkapkan kemenangan besar tuan rumah apabila merembat masuk gol ketiga pada minit ke-86.

Terengganu kini selesa di tangga teratas liga dengan 25 mata, dipisahkan lima mata bersih dengan pencabar terdekat Kelantan yang mengumpul 20 mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Perlis semalam.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bawffzOF

© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 11 November 2019

Pasukan Liga Super 2014

MALAYSIA LIGA SUPER  TAHUN 2014
Pasukan Liga Super 2014
ATM
Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT)
Gelanggang: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang
Nama Gelaran: The Gladiators
Ditubuhkan:

Pencapaian 2013:
Johan Piala Sultan Ahmad Shah, Perlawanan Sumbangsih
Liga Super: Tempat Keenam (6)
Piala FA: Pusingan Pertama
Piala Malaysia: Separuh Akhir

Ketua Jurulatih: Satianathan a/l R. Bhaskran
Penolong Jurulatih: Shahrin Bin Abdul Majid, Azhar Bin Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol: Abdul Hamid Bin Ramli

Penjaga Gol: 1. Mohd Iqbal bin Mohd Suhaimi, 22. Syed Adney bin Syed Hussien, 25. Mohamad Hafizuddin bin Azuhar

Pertahanan: 2. Rueben Thayaparan Kathiripillai, 3. Nor Fazly bin Alias, 4. Raja Mohd Ridzuwan Effendy bin Raja Kamaruddin, 5. Spase Dilevski, 12. Mohd Riduwan bin Ma'on, 18. Mohd Fitri bin Omar, 21. Irwan Fadzli bin Idrus, 24. Amirizdwan Taj bin Tajuddin, 26. Badrul Hisham bin Mohamad Sufian, 27. Muhammad Safwan bin Hashim

Tengah: 6. Mohd Azrul bin Ahmad, 8. Mohd Affizie Faisal bin Mamat, 10. Bruno Sebastian Martelotto, 13. Mohd Akmal bin Mohd Noor, 15. Thinagaran a/l Sanhanathaven, 16. Ahmad Fauzi bin Saari, 17. Venice Elphy ak Danny Kaya, 19 Christie Jayaseelan a/l Devasagayam, 23. Rezal Zzambery bin Yahya, 28. Syazuan bin Hazani

Penyerang: 7. Juan Manuel Arostegui, 9. Marlon Alex James, 11. Yusaini Hafiz bin Chee Saad, 14. Rudie bin Ramli, 20. Hairuddin bin Omar (Kapten)

LIGA SUPER 2011 NEGERI SEMBILAN 0-0 KELANTAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PEMAIN NEGERI SEMBILAN
22 MOHD FARIZAL HARUN
03 TG QAYYUM UBAIDILLAH
06 S.KUNALAN
07 AIDIL ZAFUAN
09 SAHURAIN ABU SAMAH
12MUHD SHUKOR ADAN
16 QHAIRUL ANWAR ROSLANI
20 HAIRUDDIN OMAR
21 IRWAN FADLI IDRUS
24 MOHD ALIF SAMSUDIN
27 MOHD FIKRI AZWAN
PEMAIN GANTIAN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
03 S.SUBRAMANIAM
06 MOHD FARISHAM ISMAIL
08 MOHD SHAKIR SHAARI
09 NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
11 DANIAL FADZLEY
12 NURUL AZWAN ROYA
15 DAUSU JAMALUDDIN
16 MOHD BADHRI RADZI –K
23 S.CHANTURU
24 ZAIRUL FITREE ISHAK

Jumaat, 8 November 2019

Skuad Liga Super Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2014

1. Mohd Iqbal bin Mohd Suhaimi
2. Rueben Thayaparan Kathiripillai
3. Nor Fazly bin Alias
4. Raja Mohd Ridzuwan Effendy bin Raja Kamaruddin
5. Spase Dilevski
6. Mohd Aarul bin Ahmad
7. Juan Manuel Arostegui
8. Mohd Affizie Faisal bin Mamat
9. Marlon Alex James
10. Bruno Sebastian Martelotto
11. Yusaini Hafiz bin Chee Saad
12. Mohd Riduwan bin Ma'on
13. Mohd Akmal bin Mohd Noor
14. Rudie bin Ramli
15. Thinagaran a/l Sanhanathaven
16. Ahmad Fauzi bin Saari
17. Venice Elphy ak Danny Kaya
18. Mohd Fitri bin Omar
19 Christie Jayaseelan a/l Devasagayam
20. Hairuddin bin Omar
21. Irwan Fadzli bin Idrus
22. Syed Adney bin Syed Hussien
23. Rezal Zambery bin Yahya
24. Amirizdwan Taj bin Tajuddin
25. Mohamad Hafizuddin bin Azuhar
26. Badrul Hisham bin Mohamad Sufian
27. Muhammad Safwan bin Hashim
28. Syazuan bin Hazani

Rabu, 6 November 2019

Selasa, 5 November 2019

ATM JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH, PERLAWANAN SUMBANGSIH 2013


ARKIB BOLA
Jan 05 2013 (Sabtu)
PS      Kelantan
Indra Putra Mahayuddin (56')      1-1 (Penalti: 3-4)     ATM
Irwan Fadzly Idrus (85')    Stadium Shah Alam
ATM JUARA PIALA SULTAN AHMAD SHAH, PERLAWANAN SUMBANGSIH 2013
Sepakan Penalti:
Kelantan: Mohd Nor Farhan(Gol), Keita Mandjou (Gol), Mohd Badhri Mohd Radzi (Gol), Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid (X), Mohd Daudsu Jamaludin (X)
ATM: Marlon Alex James (Gol), K. Reuben (Gol), Rezal Zambry Yahya (Gol), R. Surendran (X), Bruno Marteloto (Gol),

Kelantan: 4 Obinna Nwaneri, 5 Nik Mohd Shahrul Azim, 7 Zairo Anuar Zailani (K.Nathakumar 67'), 8 Mohd Shakir Shaari, 10 Mohd Nor Farhan Muhammad, 15 Mohd Daudsu Jamaludin, 16 Mohd Badhri Mohd Radzi (K), 17 Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, 20 Keita Mandjou, 23 Indra Putra Mahayuddin (Mohd Zamri Ramli 78'), 29 Mohd Syazwan Yusof (PG)

Pemain Simpanan: 3 Tuan Mohd Faim Zainal Abidin, 14 Mohd Zamri Ramli,18 Mohd Khairul Izwan Rosli, 21 Norhadi Ubaidillah (PG), 22 Mohd Haris Safwan, 24 Zairul Fitree Ishak, 25 K. Nathakumar

Ketua Jurulatih: Bojan Hodak

ATM: 2 K. Reuben, 7 Mohd Fainizam Nordin (Syazuan Hazani 9', R. Surendran 77'), 10 Bruno Marteloto, 12 Muhd Shukor Adan, 17 Venice Elphi a/k Danny Kaya, 18 Mohd Fitri Omar, 20 Hairuddin Omar (K), 21 Irwan Fadzly Idrus, 22 Mohd Farizal Harun (PG), 23 Rezal Zambery Yahya, 24 Amiridzwan Taj Tajudin (Marlon Alex James 54')

Pemain Simpanan: 1 G. Jeevananthan (PG), 3 Nor Fazly Alias, 4 Suhaimi Ishak, 5 Varanthan Arumugam, 9 Marlon Alex James, 14 R. Surendran, 26 (11) Syazuan Hazani

Ketua Jurulatih: B. Sathianathan.[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/History

Ahad, 3 November 2019

Jurulatih Arsenal puji pemain Olimpik 2000


ARKIB : 12/11/1998

EMPAT pemain Olimpik 2000 (dari kiri) - Dass Gregory Kolopis, Tengku Hazman Raja Hassan, R. Nanthakumar dan Hairuddin Omar yakin untuk memanfaatkan latihan di Arsenal lalu pada Piala Kemerdekaan Bristol di Sri Lanka, Ahad ini.


SKUAD Olimpik 2000 dijangka mampu mencuci aib yang terpalit di Bangkok, baru-baru ini dan Piala Tiger, September lalu apabila menerima kehadiran semula empat pemain yang baru selesai menjalani program latihan bersama skuad liga simpanan kelab terkemuka England, Arsenal.
Ini berikutan laporan jurulatih Arsenal, George Armstrong yang memberikan penilaian terpuji sepanjang prestasi empat pemain Olimpik, Hairuddin Omar, R. Nanthakumar, Dass Gregory Kolopis dan Tengku Hazman Raja Hassan di sana selama sebulan.
Pengurus pasukan Olimpik 2000, Tan Sri Elyas Omar berkata, laporan Armstrong itu menyatakan kekagumannya terhadap tahap kecergasan tinggi empat pemain ini selain mutu kemahiran yang mereka miliki.
''Menurut Armstrong, dari segi kemahiran, Hairuddin, Nanthakumar, Dass dan Hazman sebenarnya setara dengan pemain liga simpanan Arsenal itu.
''Hanya kemampuan mereka untuk berkomunikasi ketika meminta bola dan cara mengawal pemain lawan yang tampak kurang,'' kata Elyas pada sidang berita di Petaling Jaya, semalam menjelang tugasan antarabangsa Olimpik 2000 seterusnya, Piala Kemerdekaan Bristol Sri Lanka, Ahad ini.
Tegas Elyas, laporan ini membuktikan skuad Olimpik 2000 mempunyai ciri-ciri pemain yang diperlukan untuk pergi lebih jauh.
''Cuma pengalaman yang memisahkan mereka tetapi ini bukan masanya untuk menyalahkan pemain jika mereka gagal menyerlah,'' katanya, merujuk kepada siri pencapaian merosot 0-9, 1-5 dan 2-4 di Bangkok dan Piala Tiger di Vietnam.
Elyas seterusnya mengambil teladan pasukan badminton negara yang mengambil sekurang-kurangnya lapan tahun untuk kembali merampas Piala Thomas dan muncul antara kelompok pasukan terbaik dunia.
''Tiada had masa bagi proses belajar Olimpik 2000 ini. Saya sendiri membidas pemain jika mereka merosot tetapi semangat mereka terbukti meningkat ketika menentang barisan terbaik Thailand di Bangkok lalu,'' katanya lagi.
Skuad Olimpik 2000 yang akan berlepas esok ke Sri Lanka, menghadapi ujian lebih getir pada Piala Kemerdekaan apabila menentang India, Sri Lanka dan Maldives yang masing-masing sedang dalam persediaan ke Sukan Asia XIII di Bangkok.
Cuma empat daripada 24 anak didik Hatem Souissi ini yang tidak akan ke Sri Lanka - Gilbert Cassidy, Jamsari Sabian, Kamarulzaman Hassan dan Roslee Derus.
IBURAN