ARKIB : 13/11/2010
KOTA BHARU -Bekas penyerang
kebangsaan, Hairudin Omar dikatakan hampir pasti untuk meninggalkan skuad juara
Piala Malaysia, Kelantan dan akan berhijrah ke Negeri Sembilan musim depan.
Utusan Malaysia difahamkan,
penjaring gol perlawanan akhir itu mendapat tawaran yang lumayan dari Negeri
Sembilan.
Namun, Presiden Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dikatakan memberikan masa kepada
Hairudin untuk membuat keputusan, sehingga majlis menandatangani kontrak baru,
esok.
Menurut sumber, Kelantan masih
memerlukan khidmat Hairudin untuk membantu mereka mempertahankan Piala
Malaysia, biarpun dia dilihat berada pda penghujung karier.
"Kita telah menawarkan
kontrak baru kepada kepada Hairudin selepas kontraknya tamat sebaik sahaja
saingan musim 2010 berakhir.
"Bagaimanapun kita tidak
mampu menahannya untuk berhijrah kerana Negeri Sembilan dipercayai menawarkan
kontrak yang lumayan,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz5cy5lOfMZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan