Rabu, 13 November 2019

Penyu aibkan Tok Gajah

ARKIB : 09/05/2001
PENYERANG Terengganu, Faziallah Mamat (tengah) cuba melepasi tiga pemain Pahang dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam. Terengganu menang 2-0. - Gambar ABD. RAHMAN SALLEH.

TERENGGANU meneruskan penguasaan dengan rekod tanpa kalah di tangga teratas bola sepak Liga Perdana Satu apabila mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Pahang pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.

Kemenangan kelapan itu menyaksikan pasukan tuan rumah menghampiri gelaran juara pusingan pertama yang menjanjikan koleksi wang tunai RM27,000 dengan dua lagi perlawanan untuk ditamatkan.

Dengan disaksikan kira-kira 15,000 penonton sendiri, Terengganu membuka tirai jaringan pada minit ke-32 menerusi Faziallah Mamat.

Asakan demi asakan Pahang untuk menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama permainan gagal membuahkan hasil dan kedudukan terus terikat 1-0.

Tuan rumah menggandakan aksi serangan di awal babak kedua permainan dan kesilapan jentera pertahanan pasukan pelawat memudahkan Hairuddin Omar untuk menyumbat masuk gol kedua Terengganu pada minit ke-64.

Bekas penyerang Pahang, Wan Rohaimi Wan Ismail melengkapkan kemenangan besar tuan rumah apabila merembat masuk gol ketiga pada minit ke-86.

Terengganu kini selesa di tangga teratas liga dengan 25 mata, dipisahkan lima mata bersih dengan pencabar terdekat Kelantan yang mengumpul 20 mata hasil kemenangan 3-1 ke atas Perlis semalam.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bawffzOF

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan